Assalamualaikum w.b.h..
Haa.. Kali ni kita nak share pengalaman di Desaru Mini Zoo. Ianya terletak di 103-A, Jalan Damai 10 81620 Sungai Kapal Johor, Pangerang. Waktu operasinya setiap hari bermula jam 10.00 pagi sehingga 07.00 malam. (sekiranya tutup diorang akan maklumkan menerusi FB : Desaru Mini Zoo / untuk confirmation waktu operasi boleh berhubung sendiri mereka di talian 019-6036868- nombor yang tertera di fb dan web) Harga tiket masuk RM20 per person (bagi kanak-kanak 3 tahun ke bawah adalah percuma).
Korg yang ada anak kecik tu wajib tau bawak anak-anak korg datang ke sini. Berbaloi dan seronok sangat-sangat. Sebab bole pegang binatang yang ada. Yang dewasa pun excited apatah lagi kanak-kanak. Tak ramai yang tau tempat ni. Tak rugi kalau bawak anak-anak kerana boleh belajar tentang pelbagai binatang yang ada sekaligus memperkenalkan setiap binatang kepada anak-anak. Korang jangan risau sebab ada pekerja yang menjaga di setiap tempat yang akan guide dan bantu kita serta anak-anak untuk kendalikan binatang.





Kemudahan lain juga turut disediakan seperti toilet, surau, cafe, dan parking adalah percuma. Korang jangan risau. Tempat parking sangat luas. Dan yang paling menariknya, disediakan payung oleh pekerja. Kita parking je pekerja tu siap hulurkan payung lagi tau untuk kita. Opss, tak lupa juga. Disediakan tempat bermain untuk kanak-kanak. Sangat-sangat selesa, puas hati dan berbaloi dengan jumlah tiket masuk yang kita bayar.
Hampir terlupa, di sini disediakan juga tempat memasak untuk kanak-kanak, ride atv, tempat rendam kaki, memancing ikan kecil untuk kanak-kanak, dan banyak lagi aktiviti menarik yang lain.
So apa lagi. Jom kita sama-sama belajar mengenai haiwan ternakan ni semua dan tunjukkan kepada anak-anak kita. Dijamin seronok dan puas hati. 💌💌
p/s : maafkan sekiranya pandangan berbeza dari segi kepuasan menilai tempat ni. Tapi bagi kita mmg kita bagi 10/10 ⭐